MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?  

Posted by azmas

Seorang Wali Allah berpesan, supaya seorang yg masih bujang men doa kan kesejahteraan bakal pasangannya, selama mana mereka tidak di temukan oleh Allah s.w.t., dan men doa kan bakal anak2nya menjadi anak yg soleh & solehah selama mana ia tidak dukurniakan lagi anak oleh Allah s.w.t.

Seorang sahabat baik kepada bapa Imam Syafie pernah bertanya, "Bagaimana saudara mendidik anak saudara, sehingga menjadi anak yg soleh

dan tinggi martabatnya disisi Allah s.w.t..?", lalu beliau menjawab "Aku berdoa kepada Allah utk dikurniakan anak ku ini, 80 tahun sebelum dia dilahirkan".



p/s: sabda Nabi s.a.w., "Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yg terakhir dan berkata: Ada sesiapa yg memohon kepada Ku utk Ku makbulkan, ada sesiapa yg meminta kepada Ku utk Ku berikan, ada sesiapa yg beristigfar memohon keampunan untuk Ku ampunkan? "



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga



3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin..

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan k ekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.

This entry was posted on 4:39 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Topik Terbaru