lawak sengal  

Posted by azmas

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa
maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu
terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

====================================

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

=====================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

====================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

====================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar
bil elektrik!

====================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih
agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

====================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!

This entry was posted on 4:44 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Topik Terbaru