Jumaat keramat  

Posted by azmas

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..
Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa
mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor...
Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti
penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda
sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba......


Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Bedah....
Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..
Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut....
soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

This entry was posted on 7:01 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Topik Terbaru