Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer, sesuka hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Boboi nak nyanyi!!".
Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi..boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
Boss mat salih
Seorang pemandu yang mempunyai boss orang putih dari Amerika sedang memandu sambil bersembang dengan bossnya :
"Easy, easy come to my house.. If you come.. I cut my c**k for you"
( Senang-senang datanglah ke rumah saya, kalau awak datang saya sembeleh ayam jantan utk awak).
Tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dengan boss nya....
"Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again."
(Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayar tak adabunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu keretadihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... sambil berkata:
"Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he is stupid don't play! Let he taste."
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa bila dia masuk kerja, si bossorang putihnya bertanya:
"Why didn't you come to work yesterday?"
Pemandu menjawab: "I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind."
(maaf boss, badan saya tak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
Dapur Paling Bersih di Bandar
Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan... Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Hantu Yang Rajin
Seorang balu beranak dua sedang mencari rumah sewa kerana telah diusir oleh tuan rumah lamanya kerana tidak mampu membayar sewa. Ini berikutan kematian suaminya tiga bulan lalu dan tidak mempunyai insuran.
Balu tersebut bernasib baik telah berjumpa seorg duda bernama Pak Ali yang mempunyai sebuah rumah sewa yang masih kosong.Kerana kasihan Pak Ali membenarkan Tina(balu) tinggal dirumah tersebut tanpa mengenakan sebarang sewa.Tetapi Pak Ali tidak menceitakan masalah rumah tersebut. Semua penyewa hanya mampu tinggal di rumah tersebut tak sampai semingggu.
Malam pertama Tina tinggal di rumah tersebut dia terlena tanpa sedarkan diri kerana keletihan. Pada keesokan harinya dia sangat terperanjat kerana semua perabot yang disusun rapi telah bersepah-sepah. Dia hairan............
Tina: Siapa pulak yang mengalih perabot akuu nii...haiiii(sambil mengeleng2kan kepala)
Tina: Tak pelah malam kang aku tunggu...nak aku kejekan dia cukup2.
Malam berikutnya Tina menanti dengan sabar...Tepat pukul 12 tengah malam muncullah satu lembaga yang sangat hodoh rupenya...lembaga tersebut terus mengalih2 perabot yang telah disusun oleh Tina. Tina sangat geram.....
Tina: Heyyyy...ape keje kau ni haaa...
Lembaga: Inilah keje aku...nama aku Hantu Rajin..Kalau aku tak buat cam ni,, badan aku akan lemah...
Dengan marahnya...Tina mencabut sehelai rerambut dari alat sulitnya...
Tina: Kalau kau betul2 rajin...kau luruskan...rerambut ni...
Sambil tersenyum, lembaga tersebut mengambil rerambut di tangan Tina dan berjanji akan kembali semula selepas rerambut itu lurus.
Masa berlalu...sehari sebelum genap tujuh bulan..lembaga tersebut kembali semula ke rumah tersebut kerana yakin rerambut itu akan lurus pada malam itu. Hanya dibahagian hujung yang belum lurus....Sambil mundar mandir di rumah tersebut dia mengurut2 rambut tersebut sambil mennyanyi2 kecil.Tiba2 dia terpandang Tina sedang mandi di bilek air dgn lampu terbuka dan tanpa berpakaian..sedar dia diperhatikan Tina lantas berpusing mengarah ke pintu.....
Lembaga:( Sambil menjerit terperanjat) humakkk aii...banyak lagi...sampai mati tak habis nak lurus kalau banyak tu..(sambil lari lintang pukang meninggalkan rumah tersebut)
Semenjak peristiwa tersebut..Tina tinggal di rumah itu dengan aman.Dan akhirnya berkahwin dengan Pak Ali..Dan hidup bahagia hingga kini....
Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..
Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...
"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...
Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...
Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:
"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"
Medical Cek Up
Dua hari lepas,saya telah berjumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan kesihatan tahunan. Saya telah menjalani pemeriksaan penuh untuk mengetahui tahap kesihatan saya. Perkara ini adalah rutin tahunan saya. Doktor peribadi saya yang memberi cadangan supaya berbuat begini setiap tahun. Alhamdulillah, setiap tahun keputusannya saya sihat..........
Setelah selesai kesemua ujian yang saya jalani, saya berjumpa doktor untuk berbincang tentang keputusan pemeriksaan tersebut.
Doktor : Ok keputusan ujian, Alhamdulillah......
Naza : Syukurrrrrrr.....
Doktor : Keseluruhannya memuaskan. Mengikut standard age 40an...... Semua anggota badan Encik naza adalah mengikut standard umur 40an.......Kecuali......
Naza : Hah...!!!!! Kecuali apa doc?
Doktor : Hati!
Naza : Hati!!!!! Why doc ?
Doktor : Hati Encik Naza .........(sambil mengeleng2 kepala).. Hati Cik Naza yang lain....Tidak mengikut standard.....
Naza : ???????(terperanjat)
Doktor : Hati Cik Naza Berumur 20an......
Naza & Doktor : Hahahahahaha....................Kahkahkah....Kiok.
0 comments