Burung kakak tua  

Posted by azmas

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan
mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang
menutup matanya (Transparent le tu...).

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang
tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara
sekolah rendah dan kuaters guru.

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung
ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati
3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke
hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila
dia boring dia menyanyi-nyanyi.... tak pun, dia akan baca skrip cerita
sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si
cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata
dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit
kuat-kuat....

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan
semula. Mereka jalan cepat-cepat... Sampai di sekolah mereka cuma saling
pandang memandang.....

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu
lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time
cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di
sekolah depa pun Tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna
burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua
menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....."

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer..... tak pe, kita
tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagicikgu-cikgu tu lalu depan rumah
burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360
darjah........"Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua..." dan
seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun
tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba
di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa
yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti
buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa
kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set!!!!!" balas
depa.....

Keesokan harinya......sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit
lagi...

HITAM!!HITAM!!!HITAM!!!!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang....
cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang
transparent..." . Cikgu kedua "Atau pun dia Cuma boleh kenal warna....".
Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna,
tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita
jangan pakai sepender langsung." "Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek
je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok....
ditenungnye lama-lama...cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan
slow-slow......sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok
lagi.... dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu....dah tu pusing
belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.....dah tu dia pandang
ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia
cekak pinggang..... dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia
senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

This entry was posted on 10:35 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Topik Terbaru