Beristeri 4  

Posted by azmas

Untuk yang nak beristeri 4.... berharga utk direnungi....
oleh: Borhan, Noraini N (GE Infra, Aviation, Non-GE)

Sesungguhnya memang kita alpa........................ Renung2kan.

Aduhai 4 Orang Isteriku!
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang
isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang
tercantik
di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering
memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu
juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu
juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila
masa
pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta
pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia
selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang
sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah
pasangan
yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan
keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan
usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu
mencintainya.
Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun,
pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin
masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya
empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan
sendiri.
Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta
semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau
gaun
dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu
saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja
tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan
ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku
pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir.
Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah
lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan
isteri
ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku
selalu
berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu
membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati,
mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab
perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya
boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan
makam
yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si
pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara,
"Aku
akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku,
tak
akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu
menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang
berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang
lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada
saat
aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup
ini;

> ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja
yang
> kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya
> akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak
ada
> keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.


> ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita
meninggal,
> semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan
> kita yang pernah memilikinya.


> ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun
dekat
> hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya.
> Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.


> DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin
kita
> sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi.
> Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu
untuk terus
> setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang
mampu
> menolong kita diakhirat kelak..


> Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan
bijak.
Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

This entry was posted on 5:09 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Topik Terbaru